Kandungan Air Mani Lelaki
Air mani merupakan salah satu antara cairan tubuh lelaki. Tahukah anda apakah kandungan sebenar dalam air mani lelaki?
Bila sebut kandungan air mani, rata-rata lelaki mengatakan dalam air mani ada sperma. Ya, memang betul dalam air mani ada sperma. Namun sperma hanya membentuk komposisi yang kecil dalam air mani lelaki. 
Ketika kemaluan seseorang lelaki berasa ghairah, sperma mula bergerak keluar dari buah zakar menuju ke prostat. Pada masa yang sama, kelenjar Vesikel Seminel mula mengeluarkan cairan pekat kekuningan dengan sangat banyak. Apabila sperma memasuki kelenjar berkenaan, sperma bercampur dengan cairan Vesikel Seminel dan bergerak ke dalam prostat. Di dalam prostat, ia bercampur pula dengan cairan prostat. Campuran inilah yang menghasilkan air mani. Pada masa sama, kelenjar cowper mengeluarkan sedikit cariannya. Cairan ini yang dikenali sebagai air mazi, bergerak masuk ke dalam urethra (salur kencing) dan keluar meleleh melalui mulut zakar.
Proses di atas berlaku berterusan sepanjang kemaluan seseorang lelaki itu dirangsang (iaitu sperma bergerak keluar dari buah zakar, bercampur cairan vesikel seminel dan bergerak masuk ke dalam prostat menjadi air mani). Semakin lama jumlah air mani yang terkumpul di dalam prostat menjadi semakin banyak.
Jumlah air mani yang semakin banyak di dalam prostate, menyebabkan ia semakin membengkak.
Apabila bengkakan prostate mencapai tahap maksimum, secara tiba-tiba prostate berdenyut dengan kuat hingga mengakibatkan air mani yang bertakung di dalam prostate terkeluar ke dalam uretra. Denyutan ini merupakan permulaan klimaks pada kemaluan seseorang lelaki. Denyutan itu juga menghasilkan rasa ngilu yang kuat di sekeliling prostat yang merangsang otot-otot kemaluan. Rangsangan tersebut mengakibatkan otot-otot kemaluan berdenyut kuat bermula dari pangkal hingga ke kepala takuk. Setiap denyutan otot zakar pula menghasilkan rasa geli-geli pada kemaluan dan pada masa sama menggerakkan air mani dari pangkal uretra menuju ke mulut zakar untuk dipancutkan.
Semua denyutan itu berulang-ulang secara beritma dari prostat ke kepala takuk hinggalah semua kandungan air mani di dalam prostate habis dikeluarkan. Sepanjang klimaks berlaku, rasa ngilu bercampur geli-geli memberi kesedapan kepada kemaluan lelaki.

Ulasan
Catat Ulasan