Fasa Puncak Syahwat Lelaki
Klimaks kemaluan lelaki adalah satu sistem yang kompleks melibatkan pelbagai hormon, organ dan sistem saraf pada tubuh badan dan kemaluan seseorang lelaki.
Hormon testosteron yang terhasil di dalam buah zakar akan memainkan peranan penting bagi menghasilkan atau meningkatkan keghairahan seksual (libido). Inilah dalang kepada rangsangan seksual, ereksi dan ejakulasi zakar serta orgasma yang berlaku dalam tubuh badan seorang lelaki ketika melakukan aktiviti seksual.
Terdapat 4 fasa klimaks kemaluan lelaki yang juga dikenali sebagai 4 fasa puncak syahwat lelaki.
#1. Rangsangan
Selain itu, fasa ini juga akan mengakibatkan perubahan pada sistem pernafasan, tekanan otot-otot kemaluan serta kantung buah zakar.
#2. Plateau
Dalam erti kata yang lebih mudah, plateau ini adalah fasa mendatar di mana tidak berlaku banyak perubahan. Dalam fasa ini, sebahagian tubuh badan lelaki terutamanya celah kangkang akan mengalami rangsangan.
Selain itu, akan berlaku juga peningkatan tekanan darah, suhu tubuh badan serta kadar degupan jantung semakin meningkat.
Ketika fasa ini juga, air mazi meleleh-leleh keluar dari mulut zakar.
#3. Orgasme
Ini adalah fasa klimaks kemaluan yang paling dinanti-nantikan oleh setiap lelaki.
Ketika fasa ini berlangsung, proses pancutan mani akan berlaku akibat denyutan kuat otot-otot zakar, otot lantai kemaluan (kawasan antara buah zakar dan lubang punggung) serta lubang dubur. Denyutan demi denyutan ini menyebabkan air mani terpancut.
Semasa fasa ini juga sebahagian otak akan menerima isyarat-isyarat lucah yang akan menyebabkan minda lelaki menjadi agak tidak ‘keruan’.
Sepanjang fasa ini, kemaluan lelaki mengalami rangsangan yang sangat kuat hingga menyebabkan kemaluan berasa ngilu.
#4. Pengakhiran
Akhir sekali, akan berlaku fasa pengakhiran di mana zakar lelaki akan mula hilang ketegangan dan nafsu syahwat mula berkurang kerana kemaluan sudah berasa puas.
Hi admin macam mane saya nak contact admin ye? Saya nak tanya tentang masalah lelaki kalau boleh😅
BalasPadam